Tarikh

: 13 Oktober 2017 (Jumaat)

Masa

: 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan PI1M Kuala Tatau

Peserta

: 4 orang


 

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 4 orang wanita. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Dashboard Komuniti dan meningkatkan kesedaran komuniti untuk menjaga kesihatan.

   

Aktiviti

Para peserta program didedahkan dengan penggunaan Dashboard Komuniti pada komputer dan aplikasi telefon pintar. Pemeriksaan tekanan darah dan timbang berat badan juga dijalankan. Petugas turut memperkenalkan lawan sesawang yang sesuai untuk mendapatkan info-info kesihatan seperti portal Myhealth yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

TALK MYHEALTH 13 OKTOBER 2017

 


 

Tarikh

: 6 Oktober 2017 (Jumaat)

Masa

: 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan PI1M Kuala Tatau

Peserta

: 4 orang


 

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 4 orang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Dashboard Komuniti dan menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menggunakan Dashboard Komuniti sebagai platform untuk menyampaikan maklumat dan berkomunikasi dengan komuniti.

   

Aktiviti

Para peserta program didedahkan dengan penggunaan Dashboard Komuniti. Penduduk setempat diperkenalkan dengan Pihak Berkuasa Tempatan. Mereka diajar menggunakan aplikasi tersebut melalui komputer dan telefon pintar. Pihak Berkuasa Tempatan digalakkan untuk membuat hebahan menggunakan My Soal. Komuniti bertanggungjawab menghantar sebarang aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan.

 

TALK MYSOAL 06 OKTOBER 2017

 


 

Tarikh

: 23 September 2017 (Sabtu)

Masa

: 8.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan PI1M Kuala Tatau

Peserta

: 35 orang


 

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 35 orang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Dashboard Komuniti dan menggalakkan penduduk setempat untuk menggunakan Dashboard Komuniti sebagai platform untuk membuat hebahan, bertanyakan soalan kepada Pihak Berkuasa Tempatan, melakukan pemeriksaan kesihatan dan menjual produk secara atas talian.

   

Aktiviti

Para peserta program didedahkan dengan penggunaan Dashboard Komuniti. Mereka diajar menggunakan aplikasi tersebut melalui komputer dan telefon pintar. Pengunjung memuatnaik aplikasi Dashboard Komuniti ke dalam telefon pintar untuk memudahkan akses ke aplikasi tersebut. Modul yang diterangkan kepada komuniti semasa program ini ialah modul My Komuniti, My Soal, My Health dan My Shop. Teka silang kata Dashboard Komuniti disertai oleh kanak-kanak dan Kuiz Kahoot! untuk pengunjung dewasa.

 

DASHBOARD KOMUNITI 23 SEPTEMBER 2017

 


 

Tarikh

: 24 September 2017 (Ahad)

Masa

: 2.00 petang - 4.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan PI1M Kuala Tatau

Peserta

: 4 orang


 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 4 pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membuatkan mereka mahir menggunakan Microsoft Word.

   

Aktiviti

Para pelajar didedahkan dengan penggunaan Microsoft Word. Mereka disuruh menaip cerita pendek dalam bahasa inggeris seperti yang ditunjukkan di skrin. Dalam masa yang sama, mereka belajar bahasa inggeris dan mengetahui terjemahan teks tersebut. Mereka juga ditayangkan dengan video Klik Dengan Bijak.

 

KELAS MICROSOFT POWERPOINT 24 SEPTEMBER 2017

 


 

Tarikh

: 21 September 2017 (Khamis)

Masa

: 8.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan PI1M Kuala Tatau

Peserta

: 7 orang


 

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 7 orang wanita. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Dashboard Komuniti dan menggalakkan penggunaan modul My Shop untuk usahawan kecil memasarkan produk mereka secara atas talian.

   

Aktiviti

Para peserta program didedahkan dengan penggunaan Dashboard Komuniti. Mereka diajar menggunakan aplikasi tersebut melalui komputer dan telefon pintar. Modul My Shop memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk memasarkan produk mereka secara atas talian. Para usahawan diterangkan cara-cara untuk memuatnaik gambar produk mereka ke myshop.pi1m.my. Mereka juga mengikuti Kuiz Kahoot! My Shop.

 

TALK MYSHOP 21 SEPTEMBER 2017