Masih belum ada maklumat yang jelas mengapa kampung ini dinamakan KAMPUNG KUALA TATAU. Kampung ini yang terdiri daripada 3buah kampung kecil dan setiap kampung ini mempunyai sejarah yang tersendiri. Menurut pembacaan saya, Portfolio Kampung Haji Ismail dan Kampung Hilir, mempunyai kisah sejarah yang sama berbanding Kampung Seberang. Sejarah Kampung Hj Ismail dan Kampung Hilir bermula pada tahun 1886 iaitu kedatangan seorang pemungut cukai dari Brunei iaitu Tuan Pengiran Hj. Ismail. Beliau yang berasal dari Brunei diarahkan untuk ke Sarawak untuk mengutip cukai dan telah datang ke Kuala Tatau. Setelah lama berada di Kuala Tatau, beliau terus menetap disini dan telah berjaya menarik peneroka-peneroka dari Bintulu, Mukah, Igan dan kawasan-kawasan berhampiran untuk bersama-sama bermukim di Kuala Tatau.

Selepas kemangkatan beliau, anak beliau, Hj. Ikram bin Ismail pula dilantik sebagai Ketua Kampung Kuala Tatau semasa pemerintahan British sehingga era Kemerdekaan Sarawak ke dalam Malaysia 1963. Era Ketua Kampung Hj Ikram disambung pula dengan pelantikan Hj Shahdan bin Kiat sebagai Penghulu pertama Kuala Tatau pada tahun 1985. Hal ini kerana Kampung Kuala Tatau terbahagi kepada tiga Kampung kecil iaitu Kampung Hj Ismail, Kampung Hilir dan Kampung Seberang. Setiap kampung mempunyai ketua kampung masing-masing sehingga ke hari ini. Kampung Hj Ismail dulu dikenali sebagai Kampung Hulu sebelum ditukar pada tahun 1986.

Kewujudan Kampung Seberang Kuala Tatau asalnya, beberapa buah rumah di sebelah hilir Kampung Seberang yang dibina oleh pendatang dari bintulu pada tahun 1940an zaman pemerintahan British. Diantara penduduk asal kampung ini adalah seperti Khamis, Luyuh, Julin dan beberapa orang lagi. Kampung Seberang mendapat nama dari keadaan geografinya berada di seberang sungai. Pada tahun 1990, JKKK Kampung mula ditubuhkan dan Allahyarham Hipni bin Sajit merupakan ketua kampung pertama yang dilantik ketika itu. Daripada kronologi sejarah penubuhan kampung ini, masing-masing membawa sejarah yang tersendiri kerana tiada bukti yang sahih dimana muncul nama KUALA TATAU dibibir penduduk kampung. Secara umumnya, kita ketahui sungai diantara ketiga-tiga kampung ini dikenali Sungai Tatau dan kedudukan kampung ini yang berada di kuala sungai. Walau bagaimanapun, sebelum ini terdapat penghulu yang bertugas mungkin sejak penubuhan kampung-kampung sehingga pengabungan ketiga-tiga kampung ini menjadi Kampung Kuala Tatau dan sehingga kewafatan beliau, belum ada pengganti yang sesuai menggantikan tempat beliau.