PERTANDINGAN USAHAWAN ONLINE PUSAT INTERNET
https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t87/1/16/1f340.png");">🍀Syarat-syarat pertandingan
i. Mempunyai produk jualan dan belum ada akaun jualan dalam talian (Barangan Larangan tidak dibenarkan)
ii. Ahli Pusat Internet kelolaan TM/MSD dan Warganegara Malaysia
iii. Berumur 18 tahun dan ke atas
iv. Wajib mengikuti kelas dan bengkel yang ditetapkan (Shopee atau Lazada)
v. Perlu menyertakan salinan invois dan rekod Jualan bulanan (Cetak dari Platform yang digunakan) kepada
Petugas untuk diserahkan bersama Laporan akhir
vi. Pemenang akan dipilih berdasarkan peratus keuntungan dan Jumlah jualan. Hanya peserta mempunyai jualan
sekurang kurangnya 30% dan ke atas dalam tempoh pertandingan sahaja akan diambil kira untuk penentuan
pemenang tanpa mengira bulan dalam tempoh pertandingan.
vii. Sekiranya dalam tempoh pertandingan, tiada jualan yang dapat dilakukan atau peserta yang kurang mengikut
Negeri masing-masing, maka pertandingan akan dilanjutkan atau tiada pemenang akan diumumkan
viii. Pendaftaran bermula 15 hingga 20 Julai 2020 https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t50/1/16/2757.png");">❗
ix. Kelas bermula antara 21 Julai hingga 15 Ogos 2020. https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/tdf/1/16/1f51c.png");">🔜
x. Jualan boleh bermula 16 Ogos 2020 dan rekod jualan akan mula diambil bermula 31 Ogos hingga 30 November
2020.
xi. Petugas Pusat Internet dan pasangan, adik beradik sendiri dan pasangan, ibu bapa sendiri dan pasangan adalah
dilarang menyertai pertandingan
Sebarang pertanyaan, sila hubungi petugas. Terima kasih https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/t7f/1/16/1f60a.png");">😊
Aktiviti keusahawanan bukanlah sesuatu yang asing bagi penduduk Kampung Kuala Tatau. Hal ini kerana selain dari aktiviti utama iaitu perikanan dan pertanian yang dijalankan, keusahawanan adalah antara aktiviti ekonomi terbesar yang dijalankan oleh penduduk kampung disini. Selain dari bukan bumiputera, golongan bumiputera juga sangat aktif dalam meningkatkan taraf hidup mereka walaupun bukan dalam skala yang besar. Antara aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh penduduk kampung disini adalah seperti:
- Kedai runcit
- Kedai makan
- Perusahaan Kuih Tradisional
- Penjualan ikan-ikan, hasil laut, hasil sungai yang segar
- Perusahaan ikan masin, ikan salai dan ikan kering
- Penjualan buah-buahan dan sayur-sayuran
- Perusahaan belacan, cencaluk dan udang kering
- Perusahaan minyak kelapa dan sagun
- Perusahaan keropok ikan dan kerepek pisang
- Perusahaan bot penambang
- Perusahaan bot gentian kaca (fiber)
- Bengkel membaiki enjin sangkut & motorsikal
- Koperasi
Aktiviti keusahawanan penduduk disini telah mendapat perhatian oleh agensi-agensi kerajaan dalam usaha untuk membantu rakyat meningkatkan taraf ekonomi mereka dengan memberi bantuan dari segi peralatan dan mesin-mesin, modal pusingan dan latihan oleh mereka. Antara agensi-agensi yang memberi bantuan adalah seperti MARA, TEKUN, Bank Agro, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Amanah Ikhtiar Malaysia(AIM). Bantuan-bantuan dari agensi-agensi ini sedikit sebanyak membuka mata komuniti bahawa keusahawanan antara salah satu cara untuk mereka meningkatkan taraf hidup dan kerajaan sentiasa ada untuk membantu dari bantuan-bantuan yang dipohon. Lebih menariknya, kebanyakan usahawan-usahawan yang aktif di kampung ini adalah dari kalangan suri rumah yang cuba untuk membantu meringankan beban suami untuk menampung kos sara hidup yang makin meningkat kini.