Tanpa ada yang menjaga keselamatan kampung, pasti penduduk kampung akan merasa kurang selamat kerana tiada sistem keselamatan. Namun kerajaan telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan pasukan keselamatan yang dinamakan anggota RELA. Kampung Kuala Tatau cukup bertuah kerana penglibatan penduduk kampung yang menjadi anggota RELA adalah amat membanggakan. Semenjak adanya RELA, keselamatan kampung ini lebih terjamin.

Bagi kawasan K036 (Kuala Tatau) diketuai oleh En. Mohd Arshad bin Masaat selaku Ketua RELA Kawasan. Jumlah Keseluruhan anggota RELA Kuala Tatau adalah 81 orang iaitu 27 orang dari Kampung Seberang, 21 orang dari Kampung Hilir dan 33 orang dari Kampung Haji Ismail. Setiap Kampung di ketua oleh Ketua Platun dan dibantu oleh Timbalan Ketua Platun. Bagi Kampung Hj Ismail diketua oleh Leftenan Kadir bin Zin dan dibantu oleh Leftenan Muda Mokhtar bin Yaman. Kampung Hilir pula diketuai oleh Leftenan Awg Hanapi bin Awg Amit dan dibantu oleh Leftenan Muda Wasli Yusuf. Manakala Kampung Seberang diketuai oleh Leftenan Mahdan bin Suhaili dan dibantu oleh Leftenan Muda Mashut bin Ayub.

Matlamat:

Memastikan keamanan dan kesejahteraan kampung terpelihara dan penduduk hidup dalam keadaan aman dan sentosa.

Tujuan:

  • Menjadi “mata” dan “telinga” kepada pihak berkuasa (pasukan keselamatan) bagi mengekalkan keselamatan kampung.
  • Menyedarkan masyarakat kampung betapa pentingnya menjaga keselamatan.
  • Membendung dan membasmi gejala jenayah supaya tidak menular kepada masyarakat kampung.
  • Menerapkan semangat kejiranan yang tinggi kepada penduduk kampung dan menyatakan kepentingan menjaga keselamatan kampung adalah tanggungjawab bersama.

 

             Sebarang aktiviti yang diadakan dikampung seperti Gotong-royong Sekolah, Gotong-royong Masjid/ Kubur dan lain-lain aktiviti pasti akan disertai oleh anggota RELA. Selain itu, aktiviti wajib RELA adalah Kawad Kaki yang dijalankan setiap Jumaat diselia oleh Jurulatih Kawad Kuala Tatau iaitu Puan Zaila Rahimi yang juga merupakan Kopral Tadbir bagi RELA Kuala Tatau. Penduduk kampung juga mendapat sokongan keselamatan dari anggota polis yang lengkap bersenjata yang datang pada setiap hujung minggu dan sentiasa bersiap sedia sekiranya ada berlaku kejadian tidak diingini. Polis yang bertugas adalah dari balai polis pekan tatau kerana kampung ini sendiri dibawah naungan pekan Tatau