Tarikh |
: 18 Oktober 2024 (Jumaat) |
Masa |
: 14.00 - 17.00 |
Lokasi |
: NADI Kuala Tatau |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan |
|
Disertai oleh 3 orang pelajar. Memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kuala Tatau untuk menjadikan NADI sebagai medium merapatkan jurang degital komuniti dan perkhidamtan NADI dalam kalangan komuniti setempat.
Kelas Stew Tower Challenge adalah untuk merangsang kreativiti, kerjasama, dan kemahiran pemecahan masalah melalui aktiviti membina struktur menggunakan bahan terpakai. Dalam cabaran ini, pelajar diajak untuk berfikir secara kritis dan merancang strategi untuk mencipta menara yang stabil dan tinggi, sambil bekerja dalam kumpulan. Aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan interaksi sosial dan komunikasi antara rakan sebaya, tetapi juga membantu mereka memahami konsep asas fizik dan kejuruteraan secara praktikal, sekaligus menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan berkesan. |
|
Aktiviti |
|
1. Petugas menerangkan tujuan dan Langkah membina straw tower ini. 2. Setiap peserta diberi bahan seperti straw, tap dan bahan yang lain. 3. Peserta mereka dan merencng reka bentuk Menara yang diingini sebelum memulakan pembinaan. 4. Pelajar membina Menara dalam tempoh yang ditetapkan, menerapkan Kemahiran kreativiti dan penyelesaian masalah. 5. Selepas membuat Menara, Menara diuji untuk ketahanan dan ketinggian. 6. Pelajar membincangkan pengalaman, strategi yang digunkan dan pembelajaran yang diperolehi daripada aktiviti ini. 7. Petugas memberikan maklum balas dan mengaitkan pengalaman dengan konsep pembelajaran yang relevan. |