SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TATAU

 

Sejarah Umum

Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Tatau dibuka pada tahun 1958 dan dipimpin oleh En. Dahlan bin Tioi sebagai guru besar pertama dan guru pertama. En. Dahlan menggunakan bangunan pertama dengan beratap dan berdindingkan nipah serta berlantaikan kayu. Kerusi dan meja yang digunakan ialah sebuah meja yang dibuat secara kerjasama dan gotong-royong ibu bapa murid dimana meja tersebut berukuran 12 kaki x 21/2 inci. Lokasinya pula diatas tanah yang berdekatan dengan rumah En. Raini bin Paiee. Bangunan Kedua pula beratap belian, berlantai dan berdindingkan kayu. Sumber pula diperolehi daripada BDC (Bintulu District Council). Bangunan ini hanya beroperasi seketika dan menyusul pula bangunan baru iaitu bangunan ketiga dan telah berpindah tempat pula di mana bangunan yang ketiga ini merupakan sebuah blok dengan satu tingkat yang dilengkapi dengan 3buah bilik darjah dan sebuah bilik guru besar serta sebuah bilik guru. Ia dibina dibelakang blok utama yang ada sekarang ini serta tapak blok tersebut juga telah dibina sebuah rumah guru tiga pintu untuk kegunaan guru pada masa itu. Bangunan Ketiga ini dibina dalam tahun 1969 secara kontrak oleh pihak BDC.

Dalam tahun 1977, di atas inisiatif dan sokongan pihak Jabatan Pelajaran ketika itu telah membina semula bangunan atau blok kelas yang mencukupi untuk menampung pelajar sekolah yang mana telah meningkat daripada hanya beberapa kelas kepada kelas yang penuh dari tahun 1 hingga 6. Bangunan ini telah dibina mempunyai blok atau kelas tiga buah, sebuah bilik guru besar dan sebuah bilik guru dan kakitangan. Bangunan ini kekal ketika ini di mana ia telah pun diubahsuai bahagian bawah atau ground floor untuk kelas yang rendah dan bilik sumber atau bilik serba guna.

Kini seramai 18orang guru besar silih berganti memimpin sekolah ini. Sekolah ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh terhormat dan insan yang berjaya dalam masyarakat. Antaranya ialah YB Datuk Talip Zulpilip, wakil rakyat bagi kawasan Jepak/ Kuala Tatau.

Maklumat Am:

Guru Besar                                           : En. Mohamad Hamzah bin Abdul Majid

Penolong Kanan                                   : Pn. Aisyah binti Ali

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid      : En. Abdul Hallem bin Mohamad Yusof

Penolong Kanan Kokurikulum             : En. Abdul Halil bin Sehim

Pengerusi PIBG                                    : En. Zainuddin bin Bol

Anggota Kakitangan Sokongan            : En. Daud bin Jema

                                                                Pn. Lemi anak Changgat

                                                                En. Sofian bin Deni

                                                                En. Zakarai bin Ahamad

 

Jumlah Guru                                         : 17orang (7 lelaki dan 10perempuan)

Jumlah Pelajar                                      : 120 orang (2017) *Termasuk pra-sekolah

                                                             

Sekolah ini telah mula mendapat sentuhan moden dengan adanya kemudahan yang disediakan seperti makmal komputer dan kemudahan Wifi untuk kemudahan guru-guru dan proses pembelajaran. Walaupun bangunan asalnya masih berasaskan kayu dan batu namun masih utuh sehingga kini semenjak pembinaannya dahulu. Malah kini, sekolah ini dikawal 24jam oleh pengawal keselamatan.

 

PRASEKOLAH

Guru Pra-sekolah                                 : Pn. Nur Azira binti Tuah

Anggota Kakitangan Sokongan           : Pn. Lemi anak Changgat

Jumlah Guru                                         : 1orang

Jumlah Pelajar                                      : 24 orang (2017)

 

Pra-sekolah ini, dibina di dalam kawasan sekolah rendah dan masih mengekalkan bangunan asal dan terdapat sedikit penambahan dengan adanya pagar pengasingan di dalam sekolah untuk memudahkan guru mengawal murid-muridnya. Pengurusan Pra-sekolah juga masih dibawah pengurusan Sekolah Rendah Kuala Tatau ini.

 

TABIKA KEMAS

Pemaju Masyarakat                              : Cik Rafidah bte Ahmad

Pembantu Pemaju Masyarakat             : Pn. Noruhila bte Afandi

Waktu Persekolahan                             : 7.30am – 11.30am

Jumlah Murid                                        :13 orang (2017)

 

Lain pula bagi Tabika KEMAS kerana pengurusan Tabika KEMAS ini terus dibawah pengelolaan agensi KEMAS sendiri. Bangunan Tabika ini baru dibina dalam beberapa tahun bersama dengan kemudahan disekitarnya. Sebelum adanya bangunan sendiri, Tabika menumpang di Masjid Al-Amin.