MAKLUMAT KEDUDUKAN DAN PETA

 

BAHAGIAN BINTULU

Bahagian Bintulu terletak dikoordinat 3°10’U 113°02’T / 3.167°U 113.033°T. Bintulu merupakan bahagian ketiga terbesar di Sarawak yang menghadap Laut China Selatan dibaratnya. Ia terletak 650km dari Bandaraya Kuching dan kira-kira 215km dari Sibu atau Miri. Bintulu mempunyai keluasan 12,166.21km². Daripada asal hanya sebuah kampung nelayan yang dikenali dengan hasil lautnya seperti udang, cencaluk dan belacan, Bintulu kini muncul sebagai Bandar antarabangsa.

 

 

PETA

bintulu map

 *Sumber: Google

 

KAMPUNG KUALA TATAU

            Kampung Kuala Tatau terletak di tepi kuala sungai dan  menghadap ke Lautan China Selatan. Terdiri daripada 4 buah kampung kecil yang menjadi satu kampung besar iaitu Kampung Kuala Tatau. Kampung ini terdiri daripada Kampung Haji Ismail, Kampung Hilir, Kampung Nour Iman dan Kampung Seberang Jaya. Kedudukan kampung ini sungguh strategik kerana terletak betul-betul di kuala sungai dan kerana itu salah satunya sebab kampung ini dinamakan Kuala Tatau kerana berada di kuala Sungai Tatau

Kampung ini dapat dihubungi melalui tiga laluan sama ada laut, sungai atau pun darat. Sebelum adanya jalan darat, penduduk kampung kampung berhubung dengan dunia luar hanya melalui jalan laut dan jalan sungai iaitu menggunakan bot semata-mata. Dahulu jika penduduk kampung ingin ke Bandar Bintulu, mereka akan menggunakan jalan laut kerana lebih dekat tetapi bergantung kepada keadaan laut. Manakala jika penduduk kampung hanya ingin ke pekan Tatau, mereka akan menggunakan jalan sungai dengan menaiki bot express. Bagi yang ingin ke Bandar Bintulu dari Pekan Tatau, mereka boleh menaiki van sewa mahupun bas awam. Anggaran masa perjalanan dari Kampung ini ke Bandar Bintulu ialah 1 jam sekiranya melalui jalan darat dan 45 minit sekiranya melalui jalan laut dengan menaiki bot. Manakala anggaran perjalanan ke Pekan Tatau adalah 1 jam 15 minit sekiranya melalui jalan darat dan 45 minit sekiranya melalui jalan sungai yang juga menggunakan bot.

 

 

PETA

PIK KUALA TATAU

 *Sumber: Google Maps

 

POPULASI KAMPUNG KUALA TATAU

Info Penduduk

Kg Haji Ismail

Bilangan

Penduduk

Lelaki

Perempuan

Jumlah

Umur

(Tahun)

0 - 20

21 - 40

41 - 60

60>

 168

 192

 360

Bilangan

112

 99

 123

26 

Kampung Hilir

Bilangan

Penduduk

Lelaki

Perempuan

Jumlah

Umur

(Tahun)

0 - 20

21 - 40

41 - 60

60>

168

173

341

Bilangan

105

98

118

20

Kampung Nour Iman

Bilangan

Penduduk

Lelaki

Perempuan

Jumlah

Umur

(Tahun)

0 - 20

21 - 40

41 - 60

60>

 70

 71

141 

Bilangan

53 

31 

 53

 4

Kampung Seberang Jaya

Bilangan

Penduduk

Lelaki

Perempuan

Jumlah

Umur

(Tahun)

0 - 20

21 - 40

41 - 60

60>

 57

 58

 115

Bilangan

 51

29 

16 

19 

 

 

 

 

*Statistik 2021

 

Pentadbiran

JAWATAN

NAMA

AHLI PARLIMEN

YB Dato Seri Tiong King Sing JP (P.217 Bintulu)

ADUN KAWASAN

YB Datuk Hj. Talib Bin Zulpilip (N.67 Jepak)

PEGAWAI DAERAH

Tuan Jabang Ak Juntan (Pekan Tatau)

PENGHULU

Puan Haliza Haji Mudin

KETUA KAMPUNG HJ ISMAIL

KK Haji Musa Bin Saruji

KETUA KAMPUNG HILIR

KK Sahiri Bin Bohari

KETUA KAMPUNG NOUR IMAN

KK Ramli Bin Tema

KETUA KAMPUNG SEBERANG JAYA

KK Rozmiros Binti Haji Mesral