MAKLUMAT KEDUDUKAN DAN PETA
BAHAGIAN BINTULU
Bahagian Bintulu terletak dikoordinat 3°10’U 113°02’T / 3.167°U 113.033°T. Bintulu merupakan bahagian ketiga terbesar di Sarawak yang menghadap Laut China Selatan dibaratnya. Ia terletak 650km dari Bandaraya Kuching dan kira-kira 215km dari Sibu atau Miri. Bintulu mempunyai keluasan 12,166.21km². Daripada asal hanya sebuah kampung nelayan yang dikenali dengan hasil lautnya seperti udang, cencaluk dan belacan, Bintulu kini muncul sebagai Bandar antarabangsa.
PETA
*Sumber: Google
KAMPUNG KUALA TATAU
Kampung Kuala Tatau terletak di tepi kuala sungai dan menghadap ke Lautan China Selatan. Terdiri daripada 4 buah kampung kecil yang menjadi satu kampung besar iaitu Kampung Kuala Tatau. Kampung ini terdiri daripada Kampung Haji Ismail, Kampung Hilir, Kampung Nour Iman dan Kampung Seberang Jaya. Kedudukan kampung ini sungguh strategik kerana terletak betul-betul di kuala sungai dan kerana itu salah satunya sebab kampung ini dinamakan Kuala Tatau kerana berada di kuala Sungai Tatau
Kampung ini dapat dihubungi melalui tiga laluan sama ada laut, sungai atau pun darat. Sebelum adanya jalan darat, penduduk kampung kampung berhubung dengan dunia luar hanya melalui jalan laut dan jalan sungai iaitu menggunakan bot semata-mata. Dahulu jika penduduk kampung ingin ke Bandar Bintulu, mereka akan menggunakan jalan laut kerana lebih dekat tetapi bergantung kepada keadaan laut. Manakala jika penduduk kampung hanya ingin ke pekan Tatau, mereka akan menggunakan jalan sungai dengan menaiki bot express. Bagi yang ingin ke Bandar Bintulu dari Pekan Tatau, mereka boleh menaiki van sewa mahupun bas awam. Anggaran masa perjalanan dari Kampung ini ke Bandar Bintulu ialah 1 jam sekiranya melalui jalan darat dan 45 minit sekiranya melalui jalan laut dengan menaiki bot. Manakala anggaran perjalanan ke Pekan Tatau adalah 1 jam 15 minit sekiranya melalui jalan darat dan 45 minit sekiranya melalui jalan sungai yang juga menggunakan bot.
PETA
*Sumber: Google Maps
POPULASI KAMPUNG KUALA TATAU
Info Penduduk
Kg Haji Ismail
Bilangan Penduduk |
Lelaki |
Perempuan |
Jumlah |
Umur (Tahun) |
0 - 20 |
21 - 40 |
41 - 60 |
60> |
168 |
192 |
360 |
Bilangan |
112 |
99 |
123 |
26 |
Kampung Hilir
Bilangan Penduduk |
Lelaki |
Perempuan |
Jumlah |
Umur (Tahun) |
0 - 20 |
21 - 40 |
41 - 60 |
60> |
168 |
173 |
341 |
Bilangan |
105 |
98 |
118 |
20 |
Kampung Nour Iman
Bilangan Penduduk |
Lelaki |
Perempuan |
Jumlah |
Umur (Tahun) |
0 - 20 |
21 - 40 |
41 - 60 |
60> |
70 |
71 |
141 |
Bilangan |
53 |
31 |
53 |
4 |
Kampung Seberang Jaya
Bilangan Penduduk |
Lelaki |
Perempuan |
Jumlah |
Umur (Tahun) |
0 - 20 |
21 - 40 |
41 - 60 |
60> |
57 |
58 |
115 |
Bilangan |
51 |
29 |
16 |
19 |
*Statistik 2021
Pentadbiran
JAWATAN |
NAMA |
AHLI PARLIMEN |
YB Dato Seri Tiong King Sing JP (P.217 Bintulu) |
ADUN KAWASAN |
YB Datuk Hj. Talib Bin Zulpilip (N.67 Jepak) |
PEGAWAI DAERAH |
Tuan Jabang Ak Juntan (Pekan Tatau) |
PENGHULU |
Puan Haliza Haji Mudin |
KETUA KAMPUNG HJ ISMAIL |
KK Haji Musa Bin Saruji |
KETUA KAMPUNG HILIR |
KK Sahiri Bin Bohari |
KETUA KAMPUNG NOUR IMAN |
KK Ramli Bin Tema |
KETUA KAMPUNG SEBERANG JAYA |
KK Rozmiros Binti Haji Mesral |