Mohon kongsi & sebarkan
Kami menjangkakan lebih daripada 500 warga Sarawak telah menghadiri perhimpunan Tabligh ini di Masjid Seri Petaling, Selangor pada 27/2/2020 sampai 1/3/2020.
Jika anda atau sesiapa sahaja yang anda kenal telah menghadiri acara ini, mohon hubungi Hospital Kerajaan atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat. Anda juga boleh menghubungi Talian Hotline di bawah:
� 082-443248 (Pusat Kesediaan & Tindak Balas Krisis, Sarawak)
� 082-610 626 (PKB Kuching)
� 082-672 101 (PKB Samarahan)
� 082-872 331 (PKB Serian)
� 083-320 230 (PKB Sri Aman)
� 083-472 388 (PKB Betong)
� 084-652 815 (PKB Sarikei)
� 084-345 862 (PKB Sibu)
� 084-873 302 (PKB Mukah)
� 084-796 264 (PKB Kapit)
� 086-315 235 (PKB Bintulu)
� 085-410 722 (PKB Miri)
� 085-211 726 (PKB Limbang)
#COVID19 #Coronavirus #PreventionIsBetterThanCure #TakePrecautions #fightCOVID19
Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:
- tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan,
- bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
- sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
- membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
- memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuang dengan betul; dan
- membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.
Kedudukan Kampung Kuala Tatau yang agak jauh dari Pekan Tatau dan Bandar Bintulu mungkin agak menyukarkan penduduk kampung untuk mendapatkan rawatan perubatan luar seperti pemeriksaan rutin, demam, suntikan rutin, batuk, luka-luka dan sebagainya dimana kes yang tidak terlalu berat. Oleh itu, klinik kesihatan desa telah dibina agar mudah untuk penduduk kampung mendapatkan rawatan luar yang tidak kritikal.
Klinik kesihatan Kuala Tatau merupakan salah sebuah institusi kesihatan di daerah Tatau. Ia dibina pada tahun 1978 dan dirasmikan pada 18 April 1981 oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan Dr. Hj Sulaiman Hj. Daud. Seramai 10 orang kakitangan yang bekerja di klinik ini. Selain penduduk kampung Kuala Tatau, 30 buah rumah panjang yang berada di sekitar Kuala Tatau, sebuah kilang papan dan 2 buah ladang sawit juga datang untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan Kuala Tatau.
Kebanyakannya penduduk yang mendapat rawatan di klinik berbangsa melanau, melayu, iban, cina dan warganegara Indonesia yang bekerja di kilang dan ladang kelapa sawit yang berdekatan. Antara kemudahan asas yang terdapat di klinik kesihatan Kuala Tatau ialah 3 buah berek kakitangan, kemudahan internet, bekalan elektrik yang beroperasi 24 jam dan mendapat bekalan air dari JKR Water Treatment Plant Kuala Tatau. Berikut adalah waktu operasi, alamat dan nombor telefon, bayaran yang dikenakan dan kakitangan klinik.
Waktu Beroperasi
Isnin – Khamis Pagi : 08.00am – 01.00pm
Rehat : 01.00pm – 02.00pm
Petang : 02.00pm – 05.00pm
Jumaat Pagi : 08.00am – 11.30am
Rehat : 11.30am – 02.15pm
Petang : 02.15pm – 05.00pm
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : Tutup
Alamat dan Nombor Telefon:
Klinik Kesihatan Kuala Tatau,
Kuala Tatau,
97200 Tatau,
Sarawak
086- 326287
Bayaran yang dikenakan:
Warganegara : RM1
Bukan Warganegara : RM15
Warga Emas : Percuma
Kanak-kanak Bawah 7tahun : Percuma
Kakitangan:
Penolong Pegawai Perubatan (U29) : 2orang
- Hillary Lansam
- Hazwan bin Razali
Jururawat Terlatih (U29) : 2orang
- Jane Ak Banabas
- Cecelia Ak Peter
Jururawat Masyarakat (U19) : Kosong.
Pembantu Perawatan Kesihatan (U12) : 1orang
- Apsah bte Rani
Pekerja Am Rendah (H11) : 2orang
- Shamsuddin bin Manan
- Zainal bin Turi