Kedudukan Kampung Kuala Tatau yang agak jauh dari Pekan Tatau dan Bandar Bintulu mungkin agak menyukarkan penduduk kampung untuk mendapatkan rawatan perubatan luar seperti pemeriksaan rutin, demam, suntikan rutin, batuk, luka-luka dan sebagainya dimana kes yang tidak terlalu berat. Oleh itu, klinik kesihatan desa telah dibina agar mudah untuk penduduk kampung mendapatkan rawatan luar yang tidak kritikal.

 

Klinik kesihatan Kuala Tatau merupakan salah sebuah institusi kesihatan di daerah Tatau. Ia dibina pada tahun 1978 dan dirasmikan pada 18 April 1981 oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan Dr. Hj Sulaiman Hj. Daud. Seramai 10 orang kakitangan yang bekerja di klinik ini. Selain penduduk kampung Kuala Tatau, 30 buah rumah panjang yang berada di sekitar Kuala Tatau, sebuah kilang papan dan 2 buah ladang sawit juga datang untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan Kuala Tatau.

 

 

Kebanyakannya penduduk yang mendapat rawatan di klinik berbangsa melanau, melayu, iban, cina dan warganegara Indonesia yang bekerja di kilang dan ladang kelapa sawit yang berdekatan. Antara kemudahan asas yang terdapat di klinik kesihatan Kuala Tatau ialah 3 buah berek kakitangan, kemudahan internet, bekalan elektrik yang beroperasi 24 jam dan mendapat bekalan air dari JKR Water Treatment Plant Kuala Tatau. Berikut adalah waktu operasi, alamat dan nombor telefon, bayaran yang dikenakan dan kakitangan klinik.

 

Waktu Beroperasi

 

Isnin – Khamis                                    Pagi                 : 08.00am – 01.00pm

 

Rehat               : 01.00pm – 02.00pm

 

Petang             : 02.00pm – 05.00pm

 

Jumaat                                                 Pagi                 : 08.00am – 11.30am

 

Rehat               : 11.30am – 02.15pm

 

Petang             : 02.15pm – 05.00pm

 

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum                                     : Tutup

 

 

Alamat dan Nombor Telefon:

 

Klinik Kesihatan Kuala Tatau,

 

Kuala Tatau,

 

97200 Tatau,

 

Sarawak

 

086- 326287

 

 

Bayaran yang dikenakan:

 

Warganegara                                       : RM1

 

Bukan Warganegara                            : RM15

 

Warga Emas                                        : Percuma

 

Kanak-kanak Bawah 7tahun               : Percuma

 

Kakitangan:

 

Penolong Pegawai Perubatan (U29)   : 2orang

 

  1. Hillary Lansam
  2. Hazwan bin Razali

 

Jururawat Terlatih (U29)                    : 2orang

 

  1. Jane Ak Banabas
  2. Cecelia Ak Peter

 

Jururawat Masyarakat (U19)              : Kosong.

  1.  

 

Pembantu Perawatan Kesihatan (U12)             : 1orang

 

  1. Apsah bte Rani

 

Pekerja Am Rendah (H11)                                : 2orang

 

  1. Shamsuddin bin Manan
  2. Zainal bin Turi