Aktiviti keusahawanan bukanlah sesuatu yang asing bagi penduduk Kampung Kuala Tatau. Hal ini kerana selain dari aktiviti utama iaitu perikanan dan pertanian yang dijalankan, keusahawanan adalah antara aktiviti ekonomi terbesar yang dijalankan oleh penduduk kampung disini. Selain dari bukan bumiputera, golongan bumiputera juga sangat aktif dalam meningkatkan taraf hidup mereka walaupun bukan dalam skala yang besar. Antara aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh penduduk kampung disini adalah seperti:

 

  1. Kedai runcit
  2. Kedai makan
  3. Perusahaan Kuih Tradisional
  4. Penjualan ikan-ikan, hasil laut, hasil sungai yang segar
  5. Perusahaan ikan masin, ikan salai dan ikan kering
  6. Penjualan buah-buahan dan sayur-sayuran
  7. Perusahaan belacan, cencaluk dan udang kering
  8. Perusahaan minyak kelapa dan sagun
  9. Perusahaan keropok ikan dan kerepek pisang
  10. Perusahaan bot penambang
  11. Perusahaan bot gentian kaca (fiber)
  12. Bengkel membaiki enjin sangkut & motorsikal
  13. Koperasi

 

Aktiviti keusahawanan penduduk disini telah mendapat perhatian oleh agensi-agensi kerajaan dalam usaha untuk membantu rakyat meningkatkan taraf ekonomi mereka dengan memberi bantuan dari segi peralatan dan mesin-mesin, modal pusingan dan latihan oleh mereka. Antara agensi-agensi yang memberi bantuan adalah seperti MARA, TEKUN, Bank Agro, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Amanah Ikhtiar Malaysia(AIM). Bantuan-bantuan dari agensi-agensi ini sedikit sebanyak membuka mata komuniti bahawa keusahawanan antara salah satu cara untuk mereka meningkatkan taraf hidup dan kerajaan sentiasa ada untuk membantu dari bantuan-bantuan yang dipohon. Lebih menariknya, kebanyakan usahawan-usahawan yang aktif di kampung ini adalah dari kalangan suri rumah yang cuba untuk membantu meringankan beban suami untuk menampung kos sara hidup yang makin meningkat kini.