Tarikh

: 20 April 2018 (Jumaat)

Masa

: 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan PI1M Kuala Tatau

Peserta

: 4 orang


 

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 4 orang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Dashboard Komuniti dan menggalakkan penggunaan modul My Shop untuk usahawan kecil memasarkan produk mereka secara atas talian.

   

Aktiviti

Para peserta program didedahkan dengan penggunaan Dashboard Komuniti. Mereka diajar menggunakan aplikasi tersebut melalui komputer dan telefon pintar. Modul My Shop memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk memasarkan produk mereka secara atas talian. Para usahawan diterangkan cara-cara untuk memuatnaik gambar produk mereka ke myshop.pi1m.my. Beberapa produk baru oleh usahawan tempatan telah dimuatnaik semasa program dijalankan. Video advokasi Klik Dengan Bijak turut dipertontonkan kepada peserta.

 

TALK MYSHOP 20 APRIL 2018


 

Tarikh

: 13 April 2018 (Jumaat)

Masa

: 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan PI1M Kuala Tatau

Peserta

: 2 orang


 

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 2 orang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Dashboard Komuniti dan menggalakkan penduduk setempat untuk menggunakan Dashboard Komuniti sebagai platform untuk penyebaran maklumat.

   

Aktiviti

Para peserta program didedahkan dengan penggunaan Dashboard Komuniti. Mereka diajar menggunakan aplikasi tersebut melalui komputer dan telefon pintar. My Komuniti merupakan satu platform untuk komuniti mengemukakan pendapat atau pertanyaan secara atas talian. Selain itu, mereka juga boleh menyampaikan maklumat menggunakan My Komuniti. Klik Dengan Bijak disiarkan selepas program untuk memberi kesedaran kepada para pengguna.

 

TALK MY KOMUNITI 13 APRIL 2018ALK MY KOMUNITI 13 APRIL 2018


Tarikh

: 24 Mac 2018 (Sabtu)

Masa

: 8.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan PI1M Kuala Tatau

Peserta

: 8 orang


 

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menjadikan JKKK lengkap dengan ilmu dan kemahiran ICT agar menjadi lebih efisien dalam kerja mereka.

   

Aktiviti

Ahli JKKK Kampung Hilir dan Kampung Seberang Jaya mengikuti bengkel ini untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang komputer. Mereka diberi penerangan tentang asas komputer dan internet. Kemudian, mereka diajarkan mengenai Microsoft Word dan Microsoft Excel. Mereka turut diberikan latihan untuk menggunakan kedua-dua aplikasi supaya lebih mahir menaip dan membuat jadual.

 

BENGKEL TRANSFORMASI JKKK 23 MAC 2018


 

Tarikh

: 06 April 2018 (Jumaat)

Masa

: 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan PI1M Kuala Tatau

Peserta

: 3 orang


 

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 3 orang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Dashboard Komuniti dan menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menggunakan Dashboard Komuniti sebagai platform untuk menyampaikan maklumat.

   

Aktiviti

Para peserta program didedahkan dengan penggunaan Dashboard Komuniti. Penduduk setempat diperkenalkan dengan Pihak Berkuasa Tempatan. Mereka diajar menggunakan aplikasi tersebut melalui komputer dan telefon pintar. Pihak Berkuasa Tempatan digalakkan untuk membuat hebahan menggunakan My Soal dan menjawab soalan yang diajukan oleh komuniti. Peserta diajar cara-cara untuk menghantar aduan dan menyemak peti masuk mereka.

TALK MY SOAL 06 APRIL 2018


Tarikh

: 23 Mac 2018 (Jumaat)

Masa

: 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan PI1M Kuala Tatau

Peserta

: 3 orang


 

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 3 orang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Dashboard Komuniti dan meningkatkan kesedaran komuniti untuk menjaga kesihatan mereka.

   

Aktiviti

Para peserta program didedahkan dengan penggunaan Dashboard Komuniti pada komputer dan aplikasi telefon pintar. Pemeriksaan tekanan darah dan timbang berat badan juga dijalankan. Petugas turut memberi penerangan berkenaan penyakit yang sering dialami oleh beberapa peringkat umur terutamanya yang sudah berusia. Peserta turut dipertontonkan dengan video Klik Dengan Bijak.

 

TALK MYHEALTH 23 MAC 2018