Tarikh

: 18 Mac 2018 (Ahad)

Masa

: 8.00 pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi

: Bilik Latihan PI1M Kuala Tatau

Peserta

: 3 orang


 

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pelajar lepasan SPM selain daripada melanjutkan pelajaran mereka ke universiti.

   

Aktiviti

Keputusan SPM yang diumumkan pada 15 Mac 2018 akan mula mengorak langkah pelajar lepasan SPM untuk memilih hala tuju mereka selepas tamat persekolahan. Melalui program ini, maklumat berkaitan alam pekerjaan seperti membuat resume dan laman web untuk mencari pekerjaan didedahkan kepada peserta. Mereka turut ditunjukkan cara untuk mendaftar ke laman web tersebut. Video Klik Dengan Bijak turut ditonton oleh peserta.

 

E-KARIER 18 MAC 2018