Tarikh

: 24 Mac 2018 (Sabtu)

Masa

: 8.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan PI1M Kuala Tatau

Peserta

: 8 orang


 

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menjadikan JKKK lengkap dengan ilmu dan kemahiran ICT agar menjadi lebih efisien dalam kerja mereka.

   

Aktiviti

Ahli JKKK Kampung Hilir dan Kampung Seberang Jaya mengikuti bengkel ini untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang komputer. Mereka diberi penerangan tentang asas komputer dan internet. Kemudian, mereka diajarkan mengenai Microsoft Word dan Microsoft Excel. Mereka turut diberikan latihan untuk menggunakan kedua-dua aplikasi supaya lebih mahir menaip dan membuat jadual.

 

BENGKEL TRANSFORMASI JKKK 23 MAC 2018