Tarikh

: 18 Mac 2018 (Ahad)

Masa

: 8.00 pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi

: Bilik Latihan PI1M Kuala Tatau

Peserta

: 3 orang


 

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pelajar lepasan SPM selain daripada melanjutkan pelajaran mereka ke universiti.

   

Aktiviti

Keputusan SPM yang diumumkan pada 15 Mac 2018 akan mula mengorak langkah pelajar lepasan SPM untuk memilih hala tuju mereka selepas tamat persekolahan. Melalui program ini, maklumat berkaitan alam pekerjaan seperti membuat resume dan laman web untuk mencari pekerjaan didedahkan kepada peserta. Mereka turut ditunjukkan cara untuk mendaftar ke laman web tersebut. Video Klik Dengan Bijak turut ditonton oleh peserta.

 

E-KARIER 18 MAC 2018


 

Tarikh

: 17 Mac 2018 (Sabtu)

Masa

: 8.00 pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi

: Bilik Latihan PI1M Kuala Tatau

Peserta

: 3 orang


 

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengajar peserta lepasan SPM cara-cara untuk mendaftar UPU secara atas talian dan pemilihan jurusan yang sesuai.

   

Aktiviti

Keputusan SPM yang diumumkan pada 15 Mac 2018 akan mula mengorak langkah pelajar lepasan SPM untuk memilih hala tuju mereka selepas tamat persekolahan. Melalui program ini, maklumat berkaitan seperti pendaftaran UPU dan senarai IPTA dan ILKA yang ditawarkan. Mereka dinasihatkan untuk memilih jurusan yang diminati dan sesuai dengan kelayakan mereka. Beberapa pilihan lain selain daripada yang ditawarkan melalui UPU juga didedahkan supaya mereka berfikir lebih panjang sebelum menyambung pengajian mereka. Video Klik Dengan Bijak turut dimainkan untuk tujuan kesedaran.

 

MENARA GADING : PENENTU MASA HADAPAN 17 MAC 2018


 

Tarikh

: 9 Mac 2018 (Jumaat)

Masa

: 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan PI1M Kuala Tatau

Peserta

: 4 orang


 

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 4 orang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Dashboard Komuniti dan menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menggunakan Dashboard Komuniti sebagai platform untuk menyampaikan maklumat.

   

Aktiviti

Para peserta program didedahkan dengan penggunaan Dashboard Komuniti. Penduduk setempat diperkenalkan dengan Pihak Berkuasa Tempatan. Mereka diajar menggunakan aplikasi tersebut melalui komputer dan telefon pintar. Pihak Berkuasa Tempatan digalakkan untuk membuat hebahan menggunakan My Soal dan menjawab soalan yang diajukan oleh komuniti. Peserta diajar cara-cara untuk menghantar aduan dan menyemak peti masuk mereka.

 

TALK MYSOAL 09 MAC 2018


 

Tarikh

: 16 Mac 2018 (Jumaat)

Masa

: 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan PI1M Kuala Tatau

Peserta

: 4 orang


 

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 4 orang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Dashboard Komuniti dan menggalakkan penduduk setempat untuk menggunakan Dashboard Komuniti sebagai platform untuk penyebaran maklumat.

   

Aktiviti

Para peserta program didedahkan dengan penggunaan Dashboard Komuniti. Mereka diajar menggunakan aplikasi tersebut melalui komputer dan telefon pintar. My Komuniti merupakan satu platform untuk komuniti mengemukakan pendapat atau pertanyaan secara atas talian. Selain itu, mereka juga boleh menyampaikan maklumat menggunakan My Komuniti. Klik Dengan Bijak disiarkan selepas program untuk memberi kesedaran kepada para pengguna.

 

TALK MYKOMUNITI 16 MAC 2018

Tarikh

: 02 Mac 2018 (Jumaat)

Masa

: 9.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi

: Bilik Latihan PI1M Kuala Tatau

Peserta

: 4 orang


 

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 4 orang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Dashboard Komuniti dan menggalakkan penggunaan modul My Shop untuk usahawan kecil memasarkan produk mereka secara atas talian.

   

Aktiviti

Para peserta program didedahkan dengan penggunaan Dashboard Komuniti. Mereka diajar menggunakan aplikasi tersebut melalui komputer dan telefon pintar. Modul My Shop memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk memasarkan produk mereka secara atas talian. Para usahawan diterangkan cara-cara untuk memuatnaik gambar produk mereka ke myshop.pi1m.my. Beberapa produk baru oleh usahawan tempatan telah dimuatnaik semasa program dijalankan. Video advokasi Klik Dengan Bijak turut dipertontonkan kepada peserta.

 

TALK MYSHOP 02 MAC 2018