Tarikh

: 23 September 2017 (Sabtu)

Masa

: 8.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi

: Bilik Latihan PI1M Kuala Tatau

Peserta

: 35 orang


 

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 35 orang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Dashboard Komuniti dan menggalakkan penduduk setempat untuk menggunakan Dashboard Komuniti sebagai platform untuk membuat hebahan, bertanyakan soalan kepada Pihak Berkuasa Tempatan, melakukan pemeriksaan kesihatan dan menjual produk secara atas talian.

   

Aktiviti

Para peserta program didedahkan dengan penggunaan Dashboard Komuniti. Mereka diajar menggunakan aplikasi tersebut melalui komputer dan telefon pintar. Pengunjung memuatnaik aplikasi Dashboard Komuniti ke dalam telefon pintar untuk memudahkan akses ke aplikasi tersebut. Modul yang diterangkan kepada komuniti semasa program ini ialah modul My Komuniti, My Soal, My Health dan My Shop. Teka silang kata Dashboard Komuniti disertai oleh kanak-kanak dan Kuiz Kahoot! untuk pengunjung dewasa.

 

DASHBOARD KOMUNITI 23 SEPTEMBER 2017