Tarikh |
: 30 November 2018 (Jumaat) |
Masa |
: 9.00 pagi - 11.00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan PI Kuala Tatau |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan |
|
Program ini dihadiri oleh 4 orang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Dashboard Komuniti dan menggalakkan penggunaan modul My Shop untuk usahawan kecil memasarkan produk mereka secara atas talian. |
|
Aktiviti |
|
Para peserta program didedahkan dengan penggunaan Dashboard Komuniti. Mereka diajar menggunakan aplikasi tersebut melalui komputer dan telefon pintar. Modul My Shop memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk memasarkan produk mereka secara atas talian. Para usahawan diterangkan cara-cara untuk memuatnaik gambar produk mereka ke myshop.pi1m.my. Video advokasi CyberGrooming turut dipertontonkan kepada peserta. |
Tarikh |
: 23 November 2018 (Jumaat) |
Masa |
: 9.00 pagi - 11.00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan PI Kuala Tatau |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan |
|
rogram ini dihadiri oleh 3 orang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Dashboard Komuniti dan meningkatkan kesedaran komuniti untuk menjaga kesihatan mereka. |
|
Aktiviti |
|
Para peserta program didedahkan dengan penggunaan Dashboard Komuniti pada komputer dan aplikasi telefon pintar. Pemeriksaan tekanan darah, glukosa dalam darah dan timbang berat badan juga dijalankan. Petugas turut memberi penerangan berkenaan cara pemakanan yang sihat. Peserta turut dipertontonkan dengan video Klik Dengan Bijak. |
Talk MyHealth 23 November 2018
Tarikh |
: 10 November 2018 (Sabtu) |
Masa |
: 8.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi |
: Bilik Latihan PI Kuala Tatau |
Peserta |
: 52 orang |
Tujuan |
|
Program ini dihadiri oleh 52 orang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan petugas pusat internet dengan komuniti setempat sekaligus memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan seperti Dashboard Komuniti. |
|
Aktiviti |
|
Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk kelas dan pertandingan untuk semua peringkat umur. Petugas memberi taklimat Dashboard Komuniti dan kelas ICT kepada pengunjung yang hadir. Pertandingan seperti mewarna online & music chair diadakan untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun manakala pengunjung dewasa mengikuti pertandingan menaip pantas & Kuiz Kahoot Dashboard Komuniti. Wakil daripada TM, Encik Aziadi Hanifah & penolong pengurus MSD Digital Intelligence Wilayah Borneo, Encik Talhatta turut bersama untuk memeriahkan majlis penutupan. |
Hari Bersama Komuniti 10 November 2018
Tarikh |
: 17 November 2018 (Sabtu) |
Masa |
: 8.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi |
: Bilik Latihan PI Kuala Tatau |
Peserta |
: 7 orang |
Tujuan |
|
Program ini dihadiri oleh 7 orang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk sukeralawan kesihatan KOSPEN Kuala Tatau mengetahui tanggungjawab sebagai seorang sukarelawan KOSPEN. |
|
Aktiviti |
|
Seramai 4 orang petugas daripada Klinik Kesihatan Kuala Tatau tiba di Pusat Internet Kuala Tatau untuk memberikan penerangan berkenaan tugas-tugas sukarelawan KOSPEN. Mereka turut berkongsi cara mencuci tangan dengan betul dan beberapa info kesihatan. Sukarelawan turut membentangkan hasil saringan daripada kampung masing-masing. |
Refresher Course Sukarelawan KOSPEN 17 November 2018
Tarikh |
: 02 November 2018 (Jumaat) |
Masa |
: 9.00 pagi - 11.00 pagi |
Lokasi |
: Bilik Latihan PI Kuala Tatau |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan |
|
Program ini dihadiri oleh 3 orang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Dashboard Komuniti dan menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menggunakan Dashboard Komuniti sebagai platform untuk menyampaikan maklumat. |
|
Aktiviti |
|
Para peserta program didedahkan dengan penggunaan Dashboard Komuniti. Penduduk setempat diperkenalkan dengan Pihak Berkuasa Tempatan. Mereka diajar menggunakan aplikasi tersebut melalui komputer dan telefon pintar. Pihak Berkuasa Tempatan digalakkan untuk membuat hebahan menggunakan MySoal dan menjawab soalan yang diajukan oleh komuniti. Peserta diajar cara-cara untuk menghantar aduan dan menyemak peti masuk mereka. Tayangan video Klik Dengan Bijak turut dipertontonkan. |