Tarikh

: 10 November 2018 (Sabtu)

Masa

: 8.00 pagi - 12.00 tengah hari

Lokasi

: Bilik Latihan PI Kuala Tatau

Peserta

: 52 orang


 

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 52 orang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan petugas pusat internet dengan komuniti setempat sekaligus memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan seperti Dashboard Komuniti.

   

Aktiviti

Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk kelas dan pertandingan untuk semua peringkat umur. Petugas memberi taklimat Dashboard Komuniti dan kelas ICT kepada pengunjung yang hadir. Pertandingan seperti mewarna online & music chair diadakan untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun manakala pengunjung dewasa mengikuti pertandingan menaip pantas & Kuiz Kahoot Dashboard Komuniti. Wakil daripada TM, Encik Aziadi Hanifah & penolong pengurus MSD Digital Intelligence Wilayah Borneo, Encik Talhatta turut bersama untuk memeriahkan majlis penutupan.

Hari Bersama Komuniti 10 November 2018