Tarikh

: 20 Ogos 2022 (Sabtu)

Masa

: 2.00 PM - 4.00 PM

Lokasi

: PEDi Kuala Tatau

Peserta

: 3 orang


 

Tujuan

Disertai oleh 3 orang pelajar. Memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia PEDi Kuala Tatau untuk merapatkan jurang digital dan perkhidamtan PEDi dalam kalangan komuniti setempat.

   

Aktiviti

Pengenalan kepada Microsoft Powerpoint. Melatih peserta cara-cara membuat slide dan menggunakan animasi yang sesuai. Pemilihan tema slide yang bersesuaian dalam setiap perbentangan. Dalam masa yang sama, peserta dapat memperbaiki ejaan dan susun kata dalam pembinaan ayat sekali gus mampu meningkatkan kemahiran peserta didalam penggunaan papan kekunci keybord.

 

Kelas Microsoft Powerpoint 20 Ogos 2022


 

Tarikh

: 16 Julai 2022 (Sabtu)

Masa

: 10.00 AM - 12.00 PM

Lokasi

: PEDi Kuala Tatau

Peserta

: 13 orang


 

Tujuan

Disertai oleh 13 orang usahawan. Memberi peluang kepada usahawan untuk menggunakan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia PEDi Kuala Tatau untuk merapatkan jurang digital dan perkhidamtan PEDi dalam kalangan komuniti setempat. Selain itu, Kelas ini dapat membantu  melatih dan membimbing usahawan sedia ada dan usahwan baru mengetahui teknik fotografi dan editor gambar produk.

   

Aktiviti

Pengenalan tentang fototgrafi dan editor kepada usahawan yang hadir pengajar memberi pelbagai contoh teknik dan hasil  gambar produk yang menarik seperti penggunaan alat yang sedia ada untuk dijadikan backdrop produk supaya lebih menarik, penggunaan cahaya semula jadi seperti cahaya matahari dan cahaya Ring Light dengan betul iaitu dengan meletakkan pengguna cahaya di tempat yang bersesuaian ataupun penggunaan cahaya yang dapat menonjolkan produk. 

 
 
 

 

Kelas Keusahawanan (Fotografi dan Editor) 16 Julai 2022

 


 

Tarikh

: 18 Jun 2022 (Sabtu)

Masa

: 2.00 PM - 4.00 PM

Lokasi

: PEDi Kuala Tatau

Peserta

: 1 orang


 

Tujuan

Disertai oleh 1 orang pelajar. Memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia PEDi Kuala Tatau untuk merapatkan jurang digital dan perkhidamtan PEDi dalam kalangan komuniti setempat.

   

Aktiviti

Pengenalan kepada canva. Melatih peserta cara-cara membuat poster menggunakan canva. Mengajar peserta maklumat yang perlu diisikan dalam poster untuk membuat poster yang menarik. Memberi tunjuk ajar kepada peserta cara masukan gambar, font yang bersesuaian dan ayat yang mudah difahami.

Kelas Keusahawanan (Membuat Poster Promosi)


 

Tarikh

: 16 Julai 2022 (Sabtu)

Masa

: 9.00 AM - 4.00 PM

Lokasi

: PEDi Kuala Tatau

Peserta

: 57 orang


 

Tujuan

Disertai oleh 57 orang komuniti. Memberi peluang kepada komuniti untuk menggunakan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia PEDi Kuala Tatau untuk merapatkan jurang digital dan perkhidmatan PEDi dalam kalangan komuniti setempat. Seterusnya, program keusahawanan dan agensi juga merupakan program tahunan bagi komuniti dan agensi-agensi awam mahupun swasta. Program ini juga bertujuan untuk mencari usahawan E commerce. Program ini dapat memudahkan komuniti utnuk bertanya terus dengan agensi yang terlibat berkenaan dengan urusan yang diperlukan

   

Aktiviti

Dimulakan dengan pendaftaran pengunjung, kealian baru dan kaunter agensi dibuka antara agensi yang terlibat adalah KWSP Cawangan Bintulu, Baitulmal Bahagian Bintulu dan Bluecube Celcom Bintulu. Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan taklimat dan promosi oleh agensi dimana komuniti dapat mendapat lansung perkhidmatan dari agensi yang hadir seperti membuka akaun kwsp, Pemohonan online bagi bantuan sambung belajar dan promosi perkhidmatan celcom. Selain itu, taklimat dan promosi oleh petugas PEDi berkenaan latar belakang PEDi Kuala Tatau, perkhidmatan yang disediakan dan promosi perlaksanaan program E-tuisyen yang dilaksanakan setiap bulan. Program ini juga menyediakan kelas keusahawanan E commerce. Cabutan bertuah juga diadakan bagi komuniti dan agensi yang hadir. Akhir sekali, majlis penutupan program ini dimulakan dengan bacaan doa,ucapan alu aluan oleh pengurus PEDi, ucapan perasmian sekali gus penutupan oleh ketua panel penasihat PEDi dan akhir sekali penyampaian cenderahati kepada agensi yang hadir.

 

Hari Program Keusahawanan dan Agensi Bersama PEDi 16 Julai 2022


 

Tarikh

: 26 Jun 2022 (Ahad)

Masa

: 2.00 PM - 4.00 PM

Lokasi

: PEDi Kuala Tatau

Peserta

: 1 orang


 

Tujuan

Disertai oleh 1 orang pelajar. Memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia PEDi Kuala Tatau untuk merapatkan jurang digital dan perkhidamtan PEDi dalam kalangan komuniti setempat.

   

Aktiviti

Pengenalan kepada Microsoft Excel. Menerangkan kepada pelajar fungsi dan kegunaan Microsoft Excel. Pelajar mempelajari cara memasukan data ke dalam Microsoft Excel dan menggunakan data tersebut untuk membuat graf. Untuk melihat perbezaan data dengan lebih mudah dan mudah difahami.

Kelas Microsoft Excel 26 Jun 2022