Tarikh

: 16 Julai 2022 (Sabtu)

Masa

: 9.00 AM - 4.00 PM

Lokasi

: PEDi Kuala Tatau

Peserta

: 57 orang


 

Tujuan

Disertai oleh 57 orang komuniti. Memberi peluang kepada komuniti untuk menggunakan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia PEDi Kuala Tatau untuk merapatkan jurang digital dan perkhidmatan PEDi dalam kalangan komuniti setempat. Seterusnya, program keusahawanan dan agensi juga merupakan program tahunan bagi komuniti dan agensi-agensi awam mahupun swasta. Program ini juga bertujuan untuk mencari usahawan E commerce. Program ini dapat memudahkan komuniti utnuk bertanya terus dengan agensi yang terlibat berkenaan dengan urusan yang diperlukan

   

Aktiviti

Dimulakan dengan pendaftaran pengunjung, kealian baru dan kaunter agensi dibuka antara agensi yang terlibat adalah KWSP Cawangan Bintulu, Baitulmal Bahagian Bintulu dan Bluecube Celcom Bintulu. Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan taklimat dan promosi oleh agensi dimana komuniti dapat mendapat lansung perkhidmatan dari agensi yang hadir seperti membuka akaun kwsp, Pemohonan online bagi bantuan sambung belajar dan promosi perkhidmatan celcom. Selain itu, taklimat dan promosi oleh petugas PEDi berkenaan latar belakang PEDi Kuala Tatau, perkhidmatan yang disediakan dan promosi perlaksanaan program E-tuisyen yang dilaksanakan setiap bulan. Program ini juga menyediakan kelas keusahawanan E commerce. Cabutan bertuah juga diadakan bagi komuniti dan agensi yang hadir. Akhir sekali, majlis penutupan program ini dimulakan dengan bacaan doa,ucapan alu aluan oleh pengurus PEDi, ucapan perasmian sekali gus penutupan oleh ketua panel penasihat PEDi dan akhir sekali penyampaian cenderahati kepada agensi yang hadir.

 

Hari Program Keusahawanan dan Agensi Bersama PEDi 16 Julai 2022