BELAJAR ASAS KOMPUTER & INTERNET

Nama

: Mohd Shahmeen Bin Jefri

Umur

: 10 tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Encik Shahmeen merupakan pelajar Tahun 4 SK Kuala Tatau dan merupakan anak bongsu daripada 3 adik-beradiknya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak terdedah dengan penggunaan komputer dan masih memerlukan bimbingan abang beliau untuk menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sudah boleh membuka komputer dan menggunakannya tanpa bantuan orang lain.

 


USAHAWAN IKAN KERING

Nama

: Saliana Binti Marsat

Umur

: 36 tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Puan Saliana menjual ikan masin sebagai sumber pendapatan sampingan keluarga dalam menyara hidup mereka sekeluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak mengetahui akan kegunaan ICT dan tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti di PI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula mengikuti program keusahawanan yang dianjurkan di PI seperti bengkel MyShop sebagai salah satu cara untuk meningkatkan hasil jualan ikan masinnya.

 

saliana

 


BELAJAR ASAS KOMPUTER & INTERNET

Nama

: Noreza Binti Marsat

Umur

: 19 tahun

Ahli

: 2014

 

Latar belakang

Cik Noreza merupakan anak jati Kampung Kuala Tatau. Beliau berumur 19 tahun dan masih bujang. Beliau merupakan anak kelima dalam adik-beradiknya. Beliau juga mempunyai masalah pembelajaran dan pemegang Kad OKU.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak pernah tahu mengenai kegunaan teknologi dan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempelajari bagaimana menggunakan komputer dan mengenali penggunaan Internet setelah mengikuti kelas ICT.

 


USAHAWAN MAKANAN KERING

Nama

: Rakabah Binti Mohamad

Umur

: 52 tahun

Ahli

: 2014

 

Latar belakang

Puan Rakabah merupakan surirumah tangga sepenuh masa yang membuat perniagaan sampingan untuk membantu suami menyara hidup mereka sekeluarga dengan menjual kuih-kuih kering, ikan masin dan belacan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak mengetahui akan kegunaan komputer dan penggunaan Internet dalam perniagaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mengetahui kegunaan komputer dan penggunaan Internet dalam perniagaan seperti penggunaan WhatsApp dan MyShop.

 

IMG 1886

 


USAHAWAN KRAFTANGAN

Nama

: Noruhila Binti Afandi

Umur

: 24 tahun

Ahli

: 2014

 

Latar belakang

Beliau seorang isteri yang bekerja sebagai pembantu tabika kemas. Beliau mempunyai seorang anak dan merupakan anak bongsu daripada 4 adik-beradik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau membantu kakak iparnya mempromosi produk kraftangan mereka secara tradisional sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah PI ditubuhkan di kampung ini, beliau mula menggunakan media social iaitu Facebook untuk mempromosikan produk mereka.

 

ila