BELAJAR INTERNET & PERBANKAN ATAS TALIAN

Nama

: Kisnadey Bin Azemi

Umur

: 38 tahun

Ahli

: 2014

 

Latar belakang

Encik Kisnadey berumur 38 tahun dan sudah berkahwin. Beliau mempunyai 3 orang anak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Kisnadey pada mulanya menganggap PI sebagai tempat untuk kanak-kanak bermain permainan sahaja. Beliau juga tidak tahu menggunakan Internet untuk membuat transaksi bank secara atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sudah tahu bagaimana untuk mendaftarkan akaun CIMBClicks dan sebagainya. Beliau juga mempelajari cara-cara untuk membuat transaksi dari bank ke bank yangsama atau bank yang lain. Pembayaran bil juga beliau uruskan secara perbankan atas talian.


BELAJAR ASAS KOMPUTER & INTERNET

Nama

: Noraini Binti Ramli

Umur

: 31 tahun

Ahli

: 2014

 

Latar belakang

Puan Noraini berumur 31 tahun dan merupakan surirumah sepenuh masa. Beliau ada 4 orang anak yang masih bersekolah rendah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Noraini tidak mahir menggunakan komputer dan Internet sebelum adanya PI di Kuala Tatau. Beliau juga tidak tahu perkhidmatan yang ditawarkan di PI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, beliau pandai menggunakan Internet untuk mencari resipi masakan, idea dekorasi rumah dan tips pembelajaran anak-anak dan tips keluarga. Internet memudahkan beliau menguruskan pembelajaran anak-anak dengan mencari latihan-latihan yang bersesuaian.


BELAJAR INTERNET & MENAIP

Nama

: Jeseka Serani Anak Luin

Umur

: 18 tahun

Ahli

: 2015

 

Latar belakang

Cik Jeseka berumur 18 tahun dan merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2014. Beliau tinggal di Rumah Hendry, Sungai Setulan yang mengambil masa 15 minit untuk ke PI Kuala Tatau. Sementara menunggu keputusan SPM, beliau mengambil peluang untuk menambah pengetahuan dalam bidang IT agar lebih mahir menggunakan komputer dan internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti Kelas ICT di PI, Cik Jeseka tidak mengenali Microsoft Office dan tidak didedahkan dengan penggunaan komputer di tempat tinggalnya. Beliau belajar sendiri sekiranya beliau pergi ke cybercafé yang agak jauh dari tempat tinggal dan kebanyakkannya berada di pusat bandar Bintulu. Beliau tahu menggunakan Internet untuk melayari laman social Facebook sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah sebulan mengikuti kelas dan membuat latihan, kini beliau mampu sedikit sebanyak menggunakan komputer dan internet. Beliau juga mengetahui aplikasi-aplikasi Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint. Beliau juga berkongsi maklumat tentang apa yang dipelajari dengan rakan melalui laman social.


BELAJAR INTERNET & MICROSOFT OFFICE

Nama

: Nur Fariani Binti Faizul

Umur

: 10 tahun

Ahli

: 2014

 

Latar belakang

Cik Nur Fariani berumur 10 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kuala Tatau sebagai murid Tahun 4. Beliau merupakan penduduk Kuala Tatau dan merupakan pengunjung tetap PI Kuala Tatau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Cik Nur Fariani tidak pandai menggunakan komputer dan tidak mengetahui aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam komputer. Beliau hanya tahu melayari internet untuk hiburan dengan menonton Youtube.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kini mahir menggunakan komputer dan Internet. Beliau melayari Internet untuk mendapatkan nota sebagai rujukan selain daripada buku teks. Beliau merasakan semua maklumat hanya dihujung jari.