Antara makanan-makanan yang menarik yang boleh didapati di Kuala Tatau adalah:

1. Umai

Umai ini dihasilkan menggunakan pelbagai jenis ikan lautan sebagai bahan utama. Antara ikan-ikan digunakan adalah seperti Ikan Bawal Putih. Selain itu, cara penyediaan juga terdapat dua jenis iaitu campuran dan asing-asing. Ikan yang sudah siap disiang akan dicuci dan dipotong sehiris-sehiris mengikut selera masing-masing. Umai sering dimakan bersama Sagu untuk menambah keunikan rasa nya.

 

2. Ikan Salai

Ikan salai ini boleh dihasilkan menggunakan ikan sungai atau ikan laut. Ikan yang sudah siap disiangkan akan dipanggang diatas api menggunakan cara tradisional iaitu bara kayu sehingga masak.

 

 

3. Ti'ong

Makanan ini dihasilkan menggunakan udang kecil sebagai bahan utama dan dicampur dengan beberapa bahan lain. Setelah selesai diadun kemudian dimasukkan ke dalam daun nipah dan dipanggang sehingga masak.

 

 

4. Mee Udang

Selain itu, Kuala Tatau juga dikenali dengan Mee Udang hasil dari Kedai Makan D'Muara yang bertempat ditepi sungai Kg Seberang Kuala Tatau. Bagi pengunjung-pengunjung yang datang boleh menikmati pemandangan sungai. Ramai pengunjung yang sanggup datang dari jauh kerana ingin mencuba Mee Udang ini.

 

5. Kuih Tradisional

Kg Kuala Tatau juga banyak menghasilkan kuih-kuih kering tradisional yang mempunyai keunikan rasa nya tersendiri. Kini terdapat beberapa pengusaha yang menghasilkan kuih-kuih ini.

 

6.  Sagun

Sagun ini terhasil dari isi kelapa yang dikisar halus-halus dan dicampur dengan bahan-bahan lain. Sagun juga sedap dimakan dengan buah-buahan seperti pisang atau dimakan begitu sahaja.

 

7. Sagu

Sagu dihasilkan dari isi pokok rumbia dan dijemur serta dibakar sehingga menjadi bulat-bulat kecil agar mudah untuk dimakan. Sagu sering dimakan bersama Umai.

 

8. Ikan masin

Ikan masin ini juga boleh dihasilkan sama ada menggunakan ikan laut atau sungai. Ikan ini akan digaulkan dengan garam yang cukup.

 

9. Ikan Kering

Ikan kering ini juga boleh dihasilkan menggunakan ikan sungai dan ikan laut. Ikan akan disiang dan kemudian dijemur sehingga kering..

 

10. Udang Kering

Udang kering pula dihasilkan melalui udang kecil yang dikeringkan.

 

11. Ikan Perap

Ikan perap ini dihasilkan melalui ikan yang diperap dengan garam. Ikan perap ini sering dimakan begitu sahaja dengan nasi dan menjadi makanan tradisional yang mungkin tiada ditempat lain.