Aktiviti yang dianjur JKKK kampung lain tapi disertai juga oleh penduduk kampung lain. Contohnya, Biro wanita Kampung Haji Ismail mengadakan Kelas Memasak anjuran KEMAS sebulan sekali tetapi juga disertai oleh wanita-wanita dari dua kampung lain iaitu Kampung Hilir dan Kampung Seberang. 

Antara aktiviti yang banyak melibatkan golongan wanita di kampung ini adalah seperti kenduri kahwin yang masih mengamalkan gotong-royong menyediakan makanan untuk kenduri. Selain itu, Amanah Ikhtiar Malaysia juga menjadi salah satu agensi yang banyak menyatukan wanita-wanita di kampung ini kerana mereka perlu menjadi satu kumpulan untuk membuat pinjaman.