Tarikh

: 19 Januari 2019 (Sabtu)

Masa

: 8.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi

: PI Kuala Tatau

Peserta

: 38 orang


 

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 38 orang. Tujuan program ini ialah untuk memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat, mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti kampung, agensi, JKKK, dan NGO untuk mewujudkan komuniti sihat serta mewujudkan komuniti mesra ICT dan iteknologi untuk penjagaan kesihtan dan persekitaran bersih.

   

Aktiviti

Pelbagai aktiviti diadakan seperti senamrobik, ceramah kesihatan daripada Klinik Kesihatan Kuala Tatau & taklimat Dashboard Komuniti. Advokasi e-waste & sebenarnya.my didedahkan kepada pengunjung untuk memberi kesedaran. Pertandingan mewarna kesihatan, penyediaan makanan, "Locate Healthcare Centre", Komuniti Sihat & Kuiz Kahoot MyHealth turut dipertandingkan pada hari tersebut.

Jom Sihat Bersama Pusat Internet 19 Januari 2019