Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam.

Pelaksanaan program ini sudah berlangsung dari 1 September – 30 November 2016 serentak di seluruh Malaysia.

Program ini turut mendapat kerjasama dari komuniti pereka grafik terbesar di Malaysia “Grafik Malaya” (GM).

Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh dilayari di pautan berikut:http://www.dakwahdigitalkdb.my

Sebarang pertanyaan boleh hubungi petugas Pusat Internet 1Malaysia yang berdekatan.